Friday, 26 August 2011

RAHSIA PERSONALITI DIRI




 Ada beberapa personaliti diri yang dirumuskan berdasarkan kajian psikologi,yang manakah anda ? sila pilih di bawah ni :

PERSONALITI PERIANG :-

  • Berasa selesa dalam keramaian dan berasa selesa bertemu dengan orang lain
  • Lebih suka berbincang dengan orang lain dalam membuat keputusan
  • Lebih suka bercakap dari mendengar
  • Gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan,sukan,pesta dan lain2
  • Seorang yang "happy go lucky" dan suka dengan muzik harmoni dan rancak

PERSONALITI PENDIAM:-

  • Lebih suka menyendiri
  • Sanggup melakukan apa saja demi mencapai apa yang diinginkan
  • Lebih suka memikir dan mencari penyelesaian bersendirian
  • Lebih suka memerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dalam sesuatu perkara
  • Pendengar yang baik,tak suka dipuji dan tak suka mencampuri urusan orang lain.

PERSONALITI PERASA:- 

  • Sentiasa mahukan jawapan pasti dan tepat
  • Suka kerja yang banyak peraturan dan berpeluang maju ke hadapan
  • Suka mengumpul maklumat yang lengkap sebelum bertindak
  • Suka melalukan sesuatu dari hanya memikirkan sesuatu 
  • Kurang mempunyai firast/deria hati


PERSONALITI PERAMAL:-


  • Gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
  • Gemar mempelajari ilmu yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
  • Tidak suka melalukan kerja yang remeh-temeh
  • Sering memberi jawapan berbentuk umum
  • Banyak persoalan yang akan di timbulkan dalam perbincangan
  • Suka menguji kebolehan orang lain


PERSONALITI PEMIKIR:-


  • Mudah mengingati nombor berbandinh wajah atau nama seseorang
  • Sering bertenang walaupun dalam suasana yang boleh menyebabkan orang lain panik
  • Sentiasa sukakan kebenaran dan berpendirian teguh bila berada di pihak yang benar
  • Kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hari dan suka mengkritik
  • Baik dalam merancang dan mengurus perkara peribadi
  • Suka melihat sesuatu lebih mendalam sebelum membuat sebarang keputusan


PERSONALITI SENSITIF:-


  • Sering membayangkan diri dalam situasi orang lain,mudah bersimpati dengan orang lain
  • Dalam membuat keputusan sering bertanyakan diri apa yang saya rasa dan orang lain rasa dan bukannya apa yang betul
  • Suka menolong orang lain walaupun tahu mereka akan dipergunakan
  • Tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain walaupun berita itu benar
  • Sanggup melalukan apa sahaja untuk tidak melukakan hati orang lain

So,yang mana satu personaliti kawan2 ?? tepuk dada tanya hati , sekian .......

No comments:

Post a Comment